Posts tagged perbualan

Kenapa Jaula?

“Jom! Jom! Jom! Jom kita berjaulah…”, kata ‘Umayr.

“Eh? Kenapa nak berjaulah?”, tanya Sayf pula.

“Sebab masa ni la kita dapat keluar dari kebiasaan kita!”, jawab ‘Umayr dengan yakin. “Masa kita berjaulah inilah yang kita dapat keluar dan lihat budaya selain dari yang sudah kita biasakan.”

“Ye la… Kenapa pula nak tengok bende macam tuh?”, tanya Sayf lagi, mohon penjelasan.

“Sebab kerap kalinya, kita bila dikelilingi dek suasana yang kita sudah terlalu biasa, kita jadi selesa. Jadi tidak berwaspada, tidak peka.”

“Oh… Macam tu ke?” balas Sayf. “Bukan la teruk sangat kan?”

“Eh! Ape pulak! Terukla! Kalau kita terlalu selesa, kita hilang semangat berjuang. Kalau kita tak peka, kita hilang ketajaman pandangan.” balas ‘Umayr, bersemangat. “Lagi satu, berjaulah ni bolh tingkatkan ukhuwwah dan hubungan silaturrahim. Percaya tak?”

“Hmm… Mungkin.”

“Bukan mungkin sahaja! Tapi sememangnya begitu! Ketika kita bepergian bersamalah kita akan dapat melihat sifat dan sikap satu sama lain yang jarang kita lihat.

“Mungkin kita dah lama kenal kawan kita, tapi bila kita tak pernah bermusafir bersama, pasti masih ada yang belum kita kenali tentang dia.

“Ketika dalam musafir itulah peluang untuk kita saling mengenali lebih mendalam timbul.”, terang ‘Umayr lebar. “Faham?”

“Betul juga… Tapikan… Takkan setakat itu je?” tanya Sayf lagi, belum puas. “Ye la… Kalau setakat nak ukhuwwah, banyak lagi kita boleh buat. Kan?”

“Haha! Betul… Tapi, Jaula Tarbawi kali ini, ke Indonesia!”

“Jauhnya!”

“Ye la! Kalau tak cemane nak keluar dari kebiasaan? Kalau tak cane kita nak lihat budaya yang lain?” ‘Umayr menyambung, “Bila nanti kita pergi Indonesia berjaulah, kita dapat lihat budaya dan suasana di sana. Percayalah… Berbeza dengan Malaysia!”

“Iye?” Sayf kini menjadi berminat.

“Sungguh! Nanti kita boleh lihat cara hidup orang di sana, kita boleh bertemu ikhwah di sana, kita juga boleh menikmati persembahan budaya, melihat hasil kraftangan di sana, juga melihat suasana desa di sana. Best! Best! Best!”

“Waaa! Ni yang teruja nak join nih!”

Objektif Jaula Tarbawi:

  1. Untuk mengeluarkan Sang Musafir dari kebiasaan.
  2. Untuk mengeratkan ukhuwwah antara para Musafir.
  3. Untuk mendedahkan diri terhadap pelbagai budaya.
  4. Untuk mengerat silaturrahim antara Muslim Malaysia dan Muslim Indonesia.

Untuk maklumat lanjut klik di sini.

Leave a comment »