Posts tagged Jaula

Pengalamanku!

Pertama kali menjejakkan kaki di Bandara (airport) Sukarno Hatta sememangnya memberikan satu memori yang cukup mengujakan. Itulah kali pertama aku mengikuti rombongan temu bisnes yang dikendalikan oleh DPIM (Dewan Pengusaha Islam Malaysia) bersama JPMI (Jaringan Pengusaha Muslim Indonesia) . Wah!! Elegen sungguh aku rasakan , yelah dapat bertemu dengan semua kenalan baru bisnes dan cukup menariknya mereka itu semuanya satu FIKRAH!!

Turutan dari pertemuan pertama ini telah menjadikan aku seperti kegilaan menunggu peluang untuk bertemu lagi dengan teman-teman di Indonesia. Kalau di kirakan wah.. banyak biaya yang harus dikeluarkan untuk kepergian ke Indonesia. Untuk itu, aku mula belajar kalau mahu berjaulah kenalah simpan duit dulu dan carilah kos kepergian yang rendah tetapi efektif untuk sampai ke Jakarta. Masa itu AirAsia pun tidak ada lagi pun. Yang termampu adalah menaikki pesawat dari Kuala Lumpur atau dari Singapura tetapi mahal sungguh!!

Itulah mahalnya ikatan yang hendak di bina dikalangan sefikrah tetapi bila hati dah terpaut dan merasakan bahwa kena ada juga susulan bagi tautan ukhuwah, nak tak nak kenalah juga menguatkan diri berusaha untuk sampai ke Jakarta. Setengah-setengah rakan bisnes Malaysia tidaklah menghadapi masalah ini, mereka boleh pergi pada bila-bila masa kerana mereka sudah agak lama stabil dan mampu tetapi tidaklah aku. Mengira pendapatan minus perbelanjaan setiap akhir bulan sudah menjadi rutin kepada aku. Ye lah semua nak di lihat sana sini, tanggung sana sini. Aku pasrah dengan takdir Allah kerana aku cukup yakin bahwa kalau aku memasang niat yang baik, insyaAllah di makbulkan oleh Allah swt.

Diam tak diam sekarang ini kiranya aku kerap ke Jakarta, bukan itu sahaja bahkan sudah hampir ¾ Tanah Jawa yang aku dah pergi. Terakhir waktu berjaulah dengan sahabat baik ku hingga ke Garut dengan singgahan di Bandung. Yang paling aku sungguh kagumi bila datang ke Indonesia adalah pemandangan sawah di lereng-lereng bukit, gelagat orang kampung yang cukup tinggi hemah dan budi pekertinya. Satu lagi yang aku tidak akan lupa adalah sambutan ukhuwah di kalangan teman-teman sefikrah di Indonesia telah memberikan aku rasa keseronokan ikatan hati yang tidak berbelah bagi dan lebih mahal dari tambang aku ke Indonesia.

Kalau tidak percaya … JOM Berjaulah…

Coretan dari hati …
Pak Uteh.

Leave a comment »

Kenapa Jaula?

“Jom! Jom! Jom! Jom kita berjaulah…”, kata ‘Umayr.

“Eh? Kenapa nak berjaulah?”, tanya Sayf pula.

“Sebab masa ni la kita dapat keluar dari kebiasaan kita!”, jawab ‘Umayr dengan yakin. “Masa kita berjaulah inilah yang kita dapat keluar dan lihat budaya selain dari yang sudah kita biasakan.”

“Ye la… Kenapa pula nak tengok bende macam tuh?”, tanya Sayf lagi, mohon penjelasan.

“Sebab kerap kalinya, kita bila dikelilingi dek suasana yang kita sudah terlalu biasa, kita jadi selesa. Jadi tidak berwaspada, tidak peka.”

“Oh… Macam tu ke?” balas Sayf. “Bukan la teruk sangat kan?”

“Eh! Ape pulak! Terukla! Kalau kita terlalu selesa, kita hilang semangat berjuang. Kalau kita tak peka, kita hilang ketajaman pandangan.” balas ‘Umayr, bersemangat. “Lagi satu, berjaulah ni bolh tingkatkan ukhuwwah dan hubungan silaturrahim. Percaya tak?”

“Hmm… Mungkin.”

“Bukan mungkin sahaja! Tapi sememangnya begitu! Ketika kita bepergian bersamalah kita akan dapat melihat sifat dan sikap satu sama lain yang jarang kita lihat.

“Mungkin kita dah lama kenal kawan kita, tapi bila kita tak pernah bermusafir bersama, pasti masih ada yang belum kita kenali tentang dia.

“Ketika dalam musafir itulah peluang untuk kita saling mengenali lebih mendalam timbul.”, terang ‘Umayr lebar. “Faham?”

“Betul juga… Tapikan… Takkan setakat itu je?” tanya Sayf lagi, belum puas. “Ye la… Kalau setakat nak ukhuwwah, banyak lagi kita boleh buat. Kan?”

“Haha! Betul… Tapi, Jaula Tarbawi kali ini, ke Indonesia!”

“Jauhnya!”

“Ye la! Kalau tak cemane nak keluar dari kebiasaan? Kalau tak cane kita nak lihat budaya yang lain?” ‘Umayr menyambung, “Bila nanti kita pergi Indonesia berjaulah, kita dapat lihat budaya dan suasana di sana. Percayalah… Berbeza dengan Malaysia!”

“Iye?” Sayf kini menjadi berminat.

“Sungguh! Nanti kita boleh lihat cara hidup orang di sana, kita boleh bertemu ikhwah di sana, kita juga boleh menikmati persembahan budaya, melihat hasil kraftangan di sana, juga melihat suasana desa di sana. Best! Best! Best!”

“Waaa! Ni yang teruja nak join nih!”

Objektif Jaula Tarbawi:

  1. Untuk mengeluarkan Sang Musafir dari kebiasaan.
  2. Untuk mengeratkan ukhuwwah antara para Musafir.
  3. Untuk mendedahkan diri terhadap pelbagai budaya.
  4. Untuk mengerat silaturrahim antara Muslim Malaysia dan Muslim Indonesia.

Untuk maklumat lanjut klik di sini.

Leave a comment »

Jaula Tarbawi

Pengenalan

Jaulah Tarbawi adalah satu perjalanan khas buat mereka yang inginkan sebuah kelainan. Ia adalah perjalanan yang untuk mendidik diri secara alami, untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta, untuk berukhuwwah sesama insan dan untuk membuka minda terhadap budaya yang lain dari budaya di Malaysia.

Jaulah Tarbawi adalah satu perjalanan selama lima hari. Di mana pada setiap hari diselitkan aktiviti yang bermakna buat Sang Musafir yang mengikuti perjalanan ini.

Sifat perjalanan yang santai adalah demi membuka ruang dan peluang buat Sang Musafir untuk bersilaturrahmi bersama dengan Musafir lainnya serta untuk bertafakur tentang keindahan alam ciptaan ilahi.

Pengalaman yang bakal dilalui bermula dari kesibukan Jakarta melalui Bandung terus menuju ke ketenangan desa di sekitar Garut.

Jadual Perjalanan Tentatif

Perjalanan akan mengambil sekitar 3 hari dan 4 malam, dan perjalanannya bermula dari malam 25 Mei hingga ke pagi 29 Mei 2008.

Perincian perjalanan adalah seperti berikut:

25 Mei 2008
Bertolak ke Jakarta (malam).
Bermalam di Pondok Gede, Tuan Rumah; Pak Sono.

26 Mei 2008
Bertolak ke Giri Harja.
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
Aktiviti hari ini:

  • Kuliah Subuh di Rumah Pak Sono.
  • Lawatan ke Industri Rumah tempatan.
  • Lawatan ke Bandung (tumpuan pembelian buku).
  • Pertunjukan Budaya.

27 Mei 2008
Bertolak ke Garut.
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
Aktiviti hari ini:

  • Ke Cipanas (sumber air panas).
  • Rehlah mendaki Gunung Gede.

28 Mei 2008
Pulang ke Jakarta.
Pulang ke Malaysia.

Anggaran Kos
Antara RM500-700.

Sasaran Peserta
36 orang.

Leave a comment »