Archive for Jaula

Pengalamanku!

Pertama kali menjejakkan kaki di Bandara (airport) Sukarno Hatta sememangnya memberikan satu memori yang cukup mengujakan. Itulah kali pertama aku mengikuti rombongan temu bisnes yang dikendalikan oleh DPIM (Dewan Pengusaha Islam Malaysia) bersama JPMI (Jaringan Pengusaha Muslim Indonesia) . Wah!! Elegen sungguh aku rasakan , yelah dapat bertemu dengan semua kenalan baru bisnes dan cukup menariknya mereka itu semuanya satu FIKRAH!!

Turutan dari pertemuan pertama ini telah menjadikan aku seperti kegilaan menunggu peluang untuk bertemu lagi dengan teman-teman di Indonesia. Kalau di kirakan wah.. banyak biaya yang harus dikeluarkan untuk kepergian ke Indonesia. Untuk itu, aku mula belajar kalau mahu berjaulah kenalah simpan duit dulu dan carilah kos kepergian yang rendah tetapi efektif untuk sampai ke Jakarta. Masa itu AirAsia pun tidak ada lagi pun. Yang termampu adalah menaikki pesawat dari Kuala Lumpur atau dari Singapura tetapi mahal sungguh!!

Itulah mahalnya ikatan yang hendak di bina dikalangan sefikrah tetapi bila hati dah terpaut dan merasakan bahwa kena ada juga susulan bagi tautan ukhuwah, nak tak nak kenalah juga menguatkan diri berusaha untuk sampai ke Jakarta. Setengah-setengah rakan bisnes Malaysia tidaklah menghadapi masalah ini, mereka boleh pergi pada bila-bila masa kerana mereka sudah agak lama stabil dan mampu tetapi tidaklah aku. Mengira pendapatan minus perbelanjaan setiap akhir bulan sudah menjadi rutin kepada aku. Ye lah semua nak di lihat sana sini, tanggung sana sini. Aku pasrah dengan takdir Allah kerana aku cukup yakin bahwa kalau aku memasang niat yang baik, insyaAllah di makbulkan oleh Allah swt.

Diam tak diam sekarang ini kiranya aku kerap ke Jakarta, bukan itu sahaja bahkan sudah hampir ¾ Tanah Jawa yang aku dah pergi. Terakhir waktu berjaulah dengan sahabat baik ku hingga ke Garut dengan singgahan di Bandung. Yang paling aku sungguh kagumi bila datang ke Indonesia adalah pemandangan sawah di lereng-lereng bukit, gelagat orang kampung yang cukup tinggi hemah dan budi pekertinya. Satu lagi yang aku tidak akan lupa adalah sambutan ukhuwah di kalangan teman-teman sefikrah di Indonesia telah memberikan aku rasa keseronokan ikatan hati yang tidak berbelah bagi dan lebih mahal dari tambang aku ke Indonesia.

Kalau tidak percaya … JOM Berjaulah…

Coretan dari hati …
Pak Uteh.

Advertisements

Leave a comment »

Kenapa Jaula?

“Jom! Jom! Jom! Jom kita berjaulah…”, kata ‘Umayr.

“Eh? Kenapa nak berjaulah?”, tanya Sayf pula.

“Sebab masa ni la kita dapat keluar dari kebiasaan kita!”, jawab ‘Umayr dengan yakin. “Masa kita berjaulah inilah yang kita dapat keluar dan lihat budaya selain dari yang sudah kita biasakan.”

“Ye la… Kenapa pula nak tengok bende macam tuh?”, tanya Sayf lagi, mohon penjelasan.

“Sebab kerap kalinya, kita bila dikelilingi dek suasana yang kita sudah terlalu biasa, kita jadi selesa. Jadi tidak berwaspada, tidak peka.”

“Oh… Macam tu ke?” balas Sayf. “Bukan la teruk sangat kan?”

“Eh! Ape pulak! Terukla! Kalau kita terlalu selesa, kita hilang semangat berjuang. Kalau kita tak peka, kita hilang ketajaman pandangan.” balas ‘Umayr, bersemangat. “Lagi satu, berjaulah ni bolh tingkatkan ukhuwwah dan hubungan silaturrahim. Percaya tak?”

“Hmm… Mungkin.”

“Bukan mungkin sahaja! Tapi sememangnya begitu! Ketika kita bepergian bersamalah kita akan dapat melihat sifat dan sikap satu sama lain yang jarang kita lihat.

“Mungkin kita dah lama kenal kawan kita, tapi bila kita tak pernah bermusafir bersama, pasti masih ada yang belum kita kenali tentang dia.

“Ketika dalam musafir itulah peluang untuk kita saling mengenali lebih mendalam timbul.”, terang ‘Umayr lebar. “Faham?”

“Betul juga… Tapikan… Takkan setakat itu je?” tanya Sayf lagi, belum puas. “Ye la… Kalau setakat nak ukhuwwah, banyak lagi kita boleh buat. Kan?”

“Haha! Betul… Tapi, Jaula Tarbawi kali ini, ke Indonesia!”

“Jauhnya!”

“Ye la! Kalau tak cemane nak keluar dari kebiasaan? Kalau tak cane kita nak lihat budaya yang lain?” ‘Umayr menyambung, “Bila nanti kita pergi Indonesia berjaulah, kita dapat lihat budaya dan suasana di sana. Percayalah… Berbeza dengan Malaysia!”

“Iye?” Sayf kini menjadi berminat.

“Sungguh! Nanti kita boleh lihat cara hidup orang di sana, kita boleh bertemu ikhwah di sana, kita juga boleh menikmati persembahan budaya, melihat hasil kraftangan di sana, juga melihat suasana desa di sana. Best! Best! Best!”

“Waaa! Ni yang teruja nak join nih!”

Objektif Jaula Tarbawi:

  1. Untuk mengeluarkan Sang Musafir dari kebiasaan.
  2. Untuk mengeratkan ukhuwwah antara para Musafir.
  3. Untuk mendedahkan diri terhadap pelbagai budaya.
  4. Untuk mengerat silaturrahim antara Muslim Malaysia dan Muslim Indonesia.

Untuk maklumat lanjut klik di sini.

Leave a comment »

Penempahan

Tempahan boleh dibuat sekarang!

Cara penempahan:
1. Serah nama dan IC.
Nama boleh diserah melalui beberapa saluran:

  • Telefon: Telefon 013-728 0941 / 019-731 1209 (‘Umayr) untuk urusan mendaftar
  • Email: Emailkan nama dan nombor KP (IC) ke yeop.mayuru@gmail.com dengan tajuk disertakan dengan “Jaula Tarbawi”

2. Serahkan salinan passport
Salinan passport* juga boleh diserahkan melalui beberapa cara:

  • Melalui faks. Fakskan ke nombor 07-5566370.
  • Melalui email. Imbas (scan) passport anda ke komputer dan hantar secara “attachment” kepada yeop.mayuru@gmail.com.
  • Melalui pos. Alamatkan kepada:

    8A Jalan Perlaluan Besi 4,
    Taman Sri Putri,
    81300 Skudai,
    Johor Darul Takzim.

* Muka hadapan passport yang mempunyai maklumat diri sahaja.

3. Buat bayaran RM700 secara bank-in.
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank bernombor 151128001361 (pemilik: Mohd Hisham Jaafar).
Sila kemukakan bukti pembayaran dengan cara faks, email atau pos seperti di atas. Bukti pembayaran adalah dalam bentuk bank slip, deposit machine slip atau internet transfer results print screen.

Notis:

  • Tempahan mesti dibuat sebelum 25 April 2008.

Comments (1) »

Jadual Perjalanan (Terperinci)

Berikut adalah jadual perjalanan kita yang telah diperincikan. Masa yang diberikan adalah dalam masa Indonesia (masa M’sia tolak sejam).

NO TIME DESCRIPTION
Ahad 25 Mei 2008
I 12.00 PM Depature from Johor to Batam
I.1 2.00 PM Arrival in Batam
I.2 2.30 PM A Rest
I.3 4.00 PM Go to Batam Airport
I.4 6.00 PM Departure to Jakarta
Isnin 26 Mei 2008
II 8.00 PM Arrived at Jakarta
II.1 10.00 PM Departure from Jakarta to Garut
II.2 5.00 AM Arrived at Garut
II.3 5.30 AM Sholat Shubuh
II.4 6.00 AM Swimming at hot water spring Cipanas
II.5 7.00 AM Breakfast
II.6 8.00 AM Go to Kampung Naga
II.7 12.00 AM Lunch – ISHOMA
II.8 1.00 PM Go for Mu’ayasyah with Locals
II.9 3.00 PM Go to Home Industri
II.10 7.00 PM Check in / Home stay
II.11 8.00 PM Dinner – ISHOMA
II.12 10.00 PM A rest
Selasa 27 Mei 2008
III
III.1 5.00 AM Sholat Subuh
III.2 6.00 AM Breakfast
III.3 7.00 AM Go to Bandung
III.4 9.00 AM Arrived at Bandung
III.5 10.00 AM Go to Tangkuban Perahu
III.6 12.00 AM Lunch – ISHOMA
III.7 1.00 PM Go to Tea Plantation (Ciater)
III.8 1.30 PM – jalan jalan/tea walk
III.9 4.30 PM Go Masjid AA Gym (Daarut Tauhid)
III.10 6.00 PM Maghrib with AA GYM
III.11 7.30 PM Isya’ with AA Gym
III.12 8.00 PM Dinner
III.13 9.00 PM Go to Giri Harja (Wayang Golek)
III.14 11.00 PM A rest / Home Stay
Rabu 28 Mei 2008
IV
IV.1 5.00 AM Sholat Subuh
IV.2 6.00 AM Breakfast
IV.3 8.00 AM Go to Book Store
IV.4 8.30 AM Book Shopping
IV.5 11.00 AM Departure to Jakarta
IV.6 12.00 AM Lunch at high way
IV.7 4.00 PM Arrived at Bandara Soekarno Hatta Jakarta
IV.8 6.00 PM Departure to Johor Baru, Malaysia

Sila klik di sini untuk bentuk pdf (mudah print): Jaula Tarbawi (Travel Itinerary).

Comments (1) »

Perkembangan Terkini

Kami telah menetapkan kos untuk perjalanan ini. Iaitu sebanyak RM700. Jumlah ini insyaALLAH akan merangkum semua kos perjalanan, makanan dan penginapan. Jumlah tersebut juga mungkin berkurang berdasarkan bilangan yang mendaftar, dan kepantasan pendaftaran.

Perkara yang diperlukan untuk mendaftar/menempah tempat dalam Jaula Tarbawi ini:

  1. salinan passport (muka hadapan yang ada maklumat diri)
  2. SATU keping gambar passport

Rujukan semula maklumat boleh di buat di sini. Lembaran ini akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini.

Yang Benar,
‘Umayr.
Pemasaran Jaula Tarbawi.

Leave a comment »

Jadual Terkini

Jadual Perjalanan Tentatif yang Terkini

Perjalanan akan mengambil sekitar 3 hari dan 4 malam, dan perjalanannya bermula dari malam 25 Mei hingga ke pagi 29 Mei 2008.

Laluan perjalanan adalah seperti berikut:
JB -> Jakarta -> Garut -> Bandung -> Jakarta -> JB

Perincian perjalanan adalah seperti berikut:

25 Mei 2008
Bertolak ke Jakarta (malam).

26 Mei 2008

Bertolak ke Garut.
Aktiviti hari ini:

  1. Hot Water Spring (Cipanas, Garut)
  2. Kampung Naga (Naga Village)
  3. Candi Cangkuang
  4. Melihat-Lihat dan Membeli Belah Barangan Industri Kecil (Leather Products)
  5. Ladang Teh

Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.

27 Mei 2008
Bertolak ke Bandung.
Aktiviti hari ini:

  1. Mendaki Gunung Tangkuban Perahu
  2. Membeli-Belah Buku
  3. Melawat ke AA GYM [Pesantren Darul Tauhid] (Kuliah Maghrib)
  4. Menonton Pertunjukan Wayang Golek di Giri Harja

Bermalam di rumah penduduk tempatan di Giri Harja secara “homestay”.

28 Mei 2008
Pg: Persiapan untuk pulang.
Tgh: Ke Jakarta.
Ptg: Pulang ke Malaysia.

Comments (1) »

Terbang

Waa! Penguin pun sudah mampu terbang!* Kenapa tidak kita? Terbanglah dengan Jaula Tarbawi.

* Penguin sebenarnya tak mampu terbang ya, harap maklum. Mesej adalah courtesy of Jaula Tarbawi.

Leave a comment »