Jadual Perjalanan Tentatif yang Terkini
Perjalanan akan mengambil sekitar 3 hari dan 4 malam, dan perjalanannya bermula dari malam 25 Mei hingga ke pagi 29 Mei 2008.
Laluan perjalanan adalah seperti berikut:
JB -> Jakarta -> Garut -> Bandung -> Jakarta -> JB
Perincian perjalanan adalah seperti berikut:
25 Mei 2008
Bertolak ke Jakarta (malam).
26 Mei 2008
Bertolak ke Garut.
Aktiviti hari ini:
- Hot Water Spring (Cipanas, Garut)
- Kampung Naga (Naga Village)
- Candi Cangkuang
- Melihat-Lihat dan Membeli Belah Barangan Industri Kecil (Leather Products)
- Ladang Teh
Bermalam di rumah penduduk tempatan secara “homestay”.
27 Mei 2008
Bertolak ke Bandung.
Aktiviti hari ini:
- Mendaki Gunung Tangkuban Perahu
- Membeli-Belah Buku
- Melawat ke AA GYM [Pesantren Darul Tauhid] (Kuliah Maghrib)
- Menonton Pertunjukan Wayang Golek di Giri Harja
Bermalam di rumah penduduk tempatan di Giri Harja secara “homestay”.
28 Mei 2008
Pg: Persiapan untuk pulang.
Tgh: Ke Jakarta.
Ptg: Pulang ke Malaysia.
PakLong said,
April 9, 2008 @ 11:55 am
Aslm
Alhamdullilah satu pengalaman yang cukup menarik
bila dapat bersama2 Pak Uteh berjaulah ke Garut pada
20~23 March yang lalu.
Pengalaman berada di Batam bersama Pak Acid Rahmat
satu cerita yang menarik.
Pengalaman bermalam di Giri Harja bertemu Pak Dodi
dan rakan2nya dikg tersebut sambil melihat perkembangn
industri kampung amat memikat hati,penanaman teh/kopi,
industri kulit,lukisan dsb akan mencentuskan minat yg
mendalam.
Disitu, baru ku kenali apa dia wayang golek
Bersolat Jumaat diMsjid Besar Muhammadiah diBandung
merupakan satu pengalaman baru.
Makan masakan Sunda dengan pelbagai resepi, sungguh
menyelerakan, terutama belut goreng special dan sambal
jengkol
Pengalaman ke kampung Pak Acid Rahmat di kaki
gunung Gede’, Garut amat menakjubkan.
Menyusur bendang padi dikaki bukit,air bukit yang
tak putus2 memenuhi kolah,makan malam dengan ayam
yg ditangkap disiang hari, sarapan pagi dengan ikan yang
ditangkap hidup2 didepan rumah,pesantren yang hanya
beberapa kaki dari laman rumah…. semuanya memberi
kepuasan yang tak terhingga.
Berendam di’hot spring’ dan menikmati jagung bakar pasti
menyeronokkan
Berada di Titi Bening, Jakarta. Bertemu ikhwah di Darul
Iqra’ amat mengembirakan. Tautan ukhwah yg sukar
digambarkan, walaupun baru pertama kali ketemu.
Itu semua akan menjadi kenangan yang menusuk kalbu.
So, kalau nak pergi…. silakanlah.
PakLong
… dari keturunan Wak Jamion
Kebumen, Jawa Tengah